Makmal Lukisan Berbantu Komputer (M ECAD)
Written by Roduan

Makmal Komputer CAD (M CAD)
Makmal Komputer CAD merupakan sebahagian daripada makmal-makmal komputer di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dan merupakan satu-satu nya makmal komputer di Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSMZA. Bidang ilmu dan kemahiran yang dipelajari di makmal ini meliputi pelajaran teori dan amali yang berkaitan dengan Lukisan Kejuruteraan Elektrik dan simulasi, Pengaturcaraan komputer serta Lukisan Berbantu Komputer (CAD).
Objektif:
1. Menyediakan kemudahan dalam melaksanakan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan lektrik dan simulasi litar elektrik.
2. Memberi kemudahan latihan Lukisan Berbantu Komputer (CAD)
Suasana dalam makmal ECAD


Kemudahan Makmal Komputer CAD (M ECAD)
Makmal Komputer CAD (M ECAD) Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSMZA berkemampuan untuk menyediakan prasarana pembelajaran serta kemahiran pada tahap yang optimum. Antara kemahiran yang dilaksanakan adalah;
1. Kerja-kerja melakar, melukis dan menyurih serta mencetak hasil kerja lukisan
2. Melaksanakan kerja-kerja melukis berkomputer dengan menggunakan perisian AutoCAD
3. Mencetak atau memplot hasil kerja lukisan berbantu komputer secara rangkaian sehingga bersaiz 42".
Peralatan yang terdapat di Makmal Komputer CAD (M ECAD)
Personal Komputer (Desktop PC)
Menyediakan 40 buah komputer yang canggih dilengkapi dengan sistem rangkaian. Mampu untuk menghasilkan lukisan yang jitu dan tepat.


Mesin Pempelot (Plotter)
Menghasilkan lukisan berbantu komputer dengan mesin pemplot ( plotter). Mengaplikasi Perisian AutoCAD dengan mesin pempelot adalah merangkumi set kemahiran atau keupayaan yang diperlukan oleh pelukis pelan bagi mengadakan persediaan merancang, melukis dengan bantuan komputer dan melengkapkannya dan perincian bagi set lukisan yang di buat.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Ketua Penyelia Makmal :
En Rosli bin A.Rasid
Email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Tel : 098400883