Moto JKE
Written by Admin
MOTO JKE
Jaringan (J)
Ketrampilan seseorang pelajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik secara tidak langsung adalah bergantung kepada sejauh mana penglibatan pelajar kepada kekuatan atau penguasaan pada ilmu teori dan kesinambungan kemahiran praktikal dengan jaringan perkembangan teknologi terkini dalam menghadapi perkembangan ICT. Oleh itu, jaringan kepelbagaian bidang ilmu merupakan tunggak kecemerlangan akademik
Kecemerlangan (K)
Natijah akhir yang ingin dicapai pada setiap pelajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik bukan sahaja boleh dilihat pada pencapaian akademik sahaja tetapi kecemerlangan yang ingin dicapai sebenarnya adalah dapat mengeluarkan graduan yang berketrampilan dalam setiap lapangan ilmu yang diterokai
Efisyen (E)
Kejayaan dan kekuatan yang ada pada Jabatan Kejuruteraan Elektrik adalah hasil daripada efficiency tugasan yang dimainkan oleh seluruh warga Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin umumnya.