Aluan Ketua Jabatan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur saya kepada Allah swt kerana dengan limpah rahmatNya, kita masih dapat meneruskan kehidupan di bumi Allah ini dengan aman dan sentosa. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga kerja di JKE di atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan dalam melaksanakan program-program akademik di samping penekanan terhadap disiplin pelajar dalam menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di negara kita.

Bagi memastikan komitmen kita untuk tahun 2009 dan tahun-tahun berikutnya berjalan lancar dan tersusun, perancangan perlu dilakukan bagi menetap hala dan tujuan yang hendak dicapai selaras dengan Pelan Tindakan Strategik PSMZA. Semua pihak harus berganding bahu dan menyumbang tenaga bagi mencapai matlamat tersebut. Sehubungan dengan itu JKE sentiasa berusaha untuk memperkemas dan mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan dan sistem penyampaian seperti mana yang dihasratkan oleh kerajaan.

Perlu juga diingat bahawa kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kompetensi kita samada dalam membina personaliti yang positif dan mengamalkan peratusan kerja yang baik. Dengan kata lain, kita harus menjadikan integriti sebagai budaya kerja, memperkukuhkan asas moral warga kerja, di samping meningkatkan kesejahteraan rakyat, meningkatkan daya saing dan daya tahan Negara dalam usaha menangani cabaran glokal.

Sekalung budi dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi sumbangan samada secara langsung atau tidak langsung dalam perjuangan kami di JKE.



Sekian. Salam 1 Malaysia.

“Ada, Bersih Dan Berfungsi”

Ketua Jabatan

Jabatan Kejuruteraan Elektrik,

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia